[Harta & Ilmu]
Harta & ilmu tidak akan mendatangkan sebarang manfaat apabila ianya disimpan. Harta & ilmu hanya akan benar-benarkan memberikan manfaat kepada pemiliknya apabila ianya digunakan.
Harta akan mendatangkan manfaat apabila dibelanjakan dan sebaik-baik harta adalah yang harta yang dibelanjakan di atas jalan Allah (bersesuaian dengan syariat Islam). Ilmu juga bermanfaat kepada pemiliknya apabila ianya diamalkan serta disebarkan.
Kedua-dua harta & ilmu apabila digunakan dengan cara yang betul akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pemiliknya tetapi orang di sekelilingnya.
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
[Sahih Muslim]
1) Sedekah jariah (Harta yang dibelanjakan)
2) Ilmu yang bermanfaat (Ilmu yang disebarkan)
3) Doa anak yang soleh (harta yang dibelanjakan untuk mereka serta ilmu yang diajarkan kepada mereka)
{[:-)#